Blogger Widgets

16 September, 2012

PERBANDINGAN AHLUS SUNNAH WAL JAMAAH DENGAN WAHABI


Apakah yang membezakan ahlus sunnah wal jamaah dengan WAHABI?
Wahabi ialah sekelompok fahaman yang hanya menerima ilmu usuluddin  yang dibawa oleh Ibnu Taimiyyah sedangkan di dalam Al-quran kita perlu mengambil kira pandangan ulama juga untuk mengeluarkan sesuatu hukum. Hal ini bertentangan dengan aqidah yang di pegang oleh ahlus sunnah wal jamaah[1].

Di dalam Al-quran Allah berfirman  “Di antara manusia juga, dan haiwan, dan binatang ternak, bermacam-macam warnanya. Begitulah, hanya yang takut kepada Allah di antara hamba-hamba-Nya ialah para ulama”(Fatir:28)
Terdapat 12 sumber pengambilan hukum bukan sahaja berdasarkan Al-quran dan hadis. Antaranya ialah ijmak ulama’, qias, istihsan, dan sebagainya. Puak wahabi berpendapat bahawa segala amalan yang dilakukan semata-mata berdasarkan Al-quran dan hadis sahaja dan perkara yang bertentangan dengan Al-quran merupakan bida’ah. Tidak dapat dinafikan lagi bahawa perkara yang dibawa bertentangan dengan Al-quran adalah bida’ah tetapi kita perlu mengetahui bida’ah itu terbahagi kepada dua iatu bida’ah dholalah dan bida’ah hasanah.
Golongan wahabi juga berpendapat bahawa di dalam amalan fiqh pula tidak berpegang kepada mana-mana , malah boleh berpegang antara satu sama lain. Mereka boleh mengikut mana-mana  mengikut keperluan mereka seperti berwudhu mengikut  syafi’e dan solat mengikut  hanbali. Mereka hanya menerima pendapat  yang kuat dan menolak fahaman  yang lain. Ini yang digembar-gemburkan oleh golongan wahabi. Siapakah kita untuk menolak  yang dibawa oleh Imam Mujtahid?
Baru-baru ini kita digemparkan dengan statement yang menyatakan bekas mufti perlis iaitu Dr. Muhd Asri Zainal Abidin atau dikenali sebagai Dr. Maza yang mengamalkan fahaman wahabi dalam beberapa siri pengajaran beliau. Dr Maza dikatakan mengharuskan liwat sesama dalam beberapa siri pengajian beliau sedangkan terdapat hadis shahih yang Rasulullah tidak mengaku umat jika melakukan liwat.[2]

Wahabi juga mendakwa bahawa Allah zatNya berada di dalam langit kemudian pada masa yang lain pula mereka mendakwa Allah berada di atas langit dan pada yang lain pula kita dapati Wahhabi mempercayai Allah duduk di atas kerusi yang berada di atas langit dan pada masa yang lain pula lagi kita dapati Wahhabi mempercayai 'Allah berada dan bertempat di kawasan Arasy pula, dan lebih pelik pada masa yang lain pula akidah mereka Allah berada dan bertempat di atas Arasy.[3]
Kumpulan wahabi ini banyak membangkitkan perkara yang remeh-temeh dengan menyatakan perkara itu bida’ah, perkara ini bida’ah. Hal ini akan mengelirukan umat Islam zaman sekarang. Terdapat banyak lagi perkara yang puak wahabi beranggapan bida’ah.



[1] http://www.ibnjuferi.org/betulkah-wahabi-ini-sesat/
[2] http://abu-syafiq.blogspot.com/2009/05/bukti-wahhabi-halalkan-liwat-kaitan.html
[3] http://penembak-tepat.blogspot.com/2009/11/edisi-wahabi-bukti-dr-asri-membela.html

No comments:

Post a Comment

Popular Posts